Minggu, 13 Mei 2012

Kisah cinta lama






“Life is about chances, dare to fail and believe you'll be happy!”

Jauh sekali aku mahu menampilkan iras maupun riak bongkak kepada sesiapa sahaja yang berdepan dengan ku. Namun, itulah yang selalu ku terima, tanggapan dari orang-orang terkenal dan masyhur di sekeliling ku. Lalu, aku mulai mencari-cari puak ku. Melihat-lihat jika ada kaum yang dapat aku menjejak kaki ku, masuk menyelinap hanya untuk merasakan sense of belonging dan rasa di hargai…

Namun, di tempat aku tidak di kenali pun, aku juga dianggap sombong dan bongkak. Aku terasa begitu sunyi, letih dengan pandangan serong setiap insan yang berdepan dengan ku. Sehinggakan aku sukar bertemu jodoh…

Setiap gadis yang aku temui juga tidak lama minggu suai kenal kami. Ada yang menganggap aku playboy, ada pula yang yakin aku pasti berlaku curang. Apa salah aku? Hanya kerana memiliki wajah ini?... kerana karier sebagai seorang penyanyi? Atau sebab mempunyai ramai peminat perempuan?

Nasib buruk aku bukan setakat itu sahaja… Pada setiap kali aku jatuh hati pada seseorang atau menyimpan perasaan…di akhir perkenalan, si gadis pasti dah ada boyfriend. Apalah nasib aku ni?

…apa pun yang aku lakukan, semuanya bagaikan salah! Aku kesunyian…rasa hati begitu ingin memiliki seorang gadis yang boleh ku belai..boleh ku sayang…boleh ku kucup mesra…namun hampa dan tersangat kecewa…aku tidak malu mengatakan yang hampir setiap malam aku menitiskan air mata. Sedih dengan diri ku yang begitu malang…teramat sedih…namun, tangis ku bagai tiada erti lagi di alam ini…

Apakah ada sekelumit cinta buat ku? Apakah aku akan berpeluang menikmati sebuah percintaan? Apakah ada kasih sayang yang bakal diselami jauh nun di sanubari? Aku terbelenggu dalam seribu pertanyaan, beribu persoalan…Diriku mulai terasa jiwa ini bagai tersisih jauh…lalu aku mengaku melakukan kesilapan…di sinilah aku bersalah! Apabila diri yang begitu sukar mendapat secebis cinta, aku menjadi terdesak. I’m so desperate to take any chances that I get. Aku bersumpah,
“Sesiapa sahaja yang hadir dalam hidupku selepas ini…walaupun dia milik orang…akan aku pujuknya, akan aku pikatnya sehingga dia menjadi milikku!”
Memang benar, gadis yang hadir dalam hidupku seterusnya adalah seorang gadis yang sangat manis sekali. Aku terus terpikat kepadanya dan hatiku terus berkata, dialah bakal suri ku walau apa pun yang terjadi!

Ku rasa rintik hujan membawa sinar pelangi, namun awan mendung yang kelihatan! Dia sememangnya sudah berpunya, menjadi milik orang sudah bertahun-tahun lamanya. Ahhhh…kecewa lagi!...tapi…sumpahku? Ya aku teringat akan sumpah ku… Lalu apa yang aku laku kan??...Aku berpura-pura dengannya, kononnya aku mahu terus berkawan dengan penuh keikhlasan hanya sebagai sahabat sejati! Terus saja aku diterima!

Hatiku melonjak gembira, apa tidaknya. Akhirnya aku dapat mengenali seorang gadis, manis dan ayu pula tu. Kemudian aku berpeluang pula menjadi sahabatnya. Walaupun dia sudah menjadi milik orang…namun, inilah peluang aku untuk memikatnya! This is my chances!

Bukan niat aku untuk menyimpan niat yang agak jahat kalau nak dikira. Aku ikhlas mahu mengambilnya sebagai kekasih sejati, tetapi aku seperti sudah malas dan letih dengan situasi yang aku selalu hadapi. Setiap kali aku kenal perempuan tu…mesti ada balak!!  Geram beb! Naik jelak! Yang balak pulak bukan jaga sangat minah dia…itu lagi buat aku marah! Aku yang begitu serius ni…SOLO, mamat-mamat yang hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir ni pulak, ada girlfriend, ada minah yang begitu sayangkan mereka! Kebanyakkan minah-minah ni pulak. Begitu setia bodoh dengan boyfriend masing-masing walaupun mereka tidak dihargai sebenarnya. Macamana aku tak geram, macamana aku tak marah?

Aku meneruskan niat aku, bersahabat dengan gadis ayu itu. Saban hari aku menelefonnya, setiap masa aku berhubung dengannya. Malah, waktu aku bersamanya, jauh melebihi waktu dia dengan boyfriendnya. Kami berbual-bual sampai pukul 2-3 pagi. Lama-kelamaan, dia semakin rapat dengan aku dan mulai memanggil aku “Sayang” padahal kami hanyalah teman, tapi mesra. Hinggakan, setiap kali dia bermasalah dengan boyfriendnya pun, dia akan luahkan kepada ku. Segala-gala kisah hidupnya aku tahu. Malah aku lebih rapat daripada boyfriend dia sendiri.

Dipendekkan cerita, perhubungan dia dengan kekasihnya mulai hambar. Persahabatan dia dan aku pula semakin erat. Lalu, aku akhirnya mulailah mencurahkan perasaan yang terpendam sekian lama. Aku mulai berkata yang aku sebenarnya telah lama cintakan dia. Perasaan aku melonjak gembira kerana akhirnya aku berpeluang meluahkan perasaan aku itu. Dia menerima baik luahan perasaan ku…tapi bagi aku yang sudah biasa dikecewakan, sudah lali dengan rejections…aku menyedari yang dia sukar untuk membalas cinta ku. Walau bagaimana perangai kekasihnya, walau dia tidak dihargai, walau dia tidak merasa kasih dan sayang lagi…cintanya tetap kepada kekasihnya itu.

Aku cuba memujuk berkali-kali, aku cuba terangkan tentang peluang yang dia ada bersama ku. The chances that she can have…tapi, dia terus memegang kepada janjinya, kesetiaannya, kenangan silamnya, but she still dwell to her past! Di saat itu…aku mulai sedar yang dia bukanlah seorang gadis yang aku inginkan. She’s not worth it for me to wait and sacrifice my life…Dia hanya akan terus membawa aku hancur dan gagal dalam kehidupan. Dia adalah gadis yang lemah dan tidak mempunyai masa depan yang cerah.

Selepas beberapa lama kemudian kedegilannya itu akhirnya telah benar-benar mengecewakan dirinya sendiri. Dia telah ditinggalkan setelah sekian lama dia setia. Kekasihnya tidak berlaku curang, kekasih tidak berlaku jahat kepadanya. Tetapi dia hanya merasa bosan dan mahu keluar dari perhubungan itu. Betapa hancurnya harapan gadis itu setelah sekian lama menunggu sehingga sanggup hilang aku…Dia cuba menghubungi ku semula. Tetapi di kala itu…aku sudah tidak berminat lagi…. Aku sudah jauh secara luarannya, padahal aku cukup dekat di hatinya.

So, that’s it! That’s my life is all about, rejections, failures. Gagal dan terus gagal, berkali-kali dikecewakan, ditinggalkan. Kesedihan melanda hampir setiap patah lagu-lagu berkumandang yang selalu menjadi teman di kala aku kesedihan. Kering sudah airmata menyusuri bersama duka ku selama ini… but I don’t wait…I move on!

Tapi…mungkin segala pengalaman itu telah membuatkan aku cukup tabah mengharungi dunia ku hari ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar