Kita bercinta sejak lahir. Sudah
terlalu banyak definisi tentang cinta. Terutama film-film hindustan.
Cinta telah diberikan mekap yang cukup mengasyikkan. Cinta suatu
perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat
dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari
tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang
teragung. Manusia membina sahsiah di muka bumi bermodalkan kasih sayang
dan cinta.
Cintalah segalanya bagi orang yang sedang bercinta. Cinta menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti.
Cintalah segalanya bagi orang yang sedang bercinta. Cinta menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti.
Cinta adalah motivasi terbaik manusia.
Manusia telah ditebarkan di muka bumi dengan dibekalkan rasa cinta.
Cinta telah menemukan kembali adam dan hawa. Melalui cintalah manusia
membina sahsiah dan menjadikan alam ini tempat yang terbaik untuk
didiami.
Jika cinta sudah tiada di hati anda,
tandanya salah satu dari nikmat Allah telah tercabut daripada anda.
sedang cinta salah satu nikmat teragung Allah terhadap hambanya. Jika
anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda
sudah nula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh
kehidupan anda.
Orang yang tiada perasaan cinta adalah
orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. cinta seharusnya
melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan
kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan
insan-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.
Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia
bermula dan sentiasa. saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang
dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat
menceritakannya. Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi yang
terhebat. andainya lautan api direntangkan di tengah-tengah, masih
sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu memotivasi
dan perlu bukti. Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta.
Cinta melambangkan kegembiraan,
keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan
sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah
manusia yang meniti di atas cinta, memperolehi cinta untuk menyedari
kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran Allah.
Biar tinggi martabat cinta, ada cinta
yang seolah-olah telah hilang keramatnya. Adakalanya cinta yang suci
dan penuh makna itu menjadi barang terbuang, berciciran di mana-mana,
dilorong-lorong, di bawah rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila
malam telah melabuhkan tirainya. Manusia-manusia durjana berebut-rebut
mengutip bunga cinta yang berkeliaran dan bersimpang siur itu. Harga
diri dipertaruhkan dan dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu
yang tidak mengenal iman dan kehormatan.
Entah di mana silapnya cinta yang
sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia
sejagat adakalanya menjadi pemusnah. Cinta hadir daripada ketrampilan
pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta
dan mencintai seorang waanita akan menunjukkan sikap, penampilan serta
gerak laku yang sentiasa menyakinkan insan yang dicintainya itu.
Cinta yang murni adalah pemangkin
kepada kehidupan yang penuh bahagia. Sebgaimana ia bermula, cinta
seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya.
Cinta tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam, tidak
bermoral dan juga yang mencarik kesucian cinta itu sendiri. Andainya
cinta boleh dikekalkan sebagaimana ia bermula, bahagia adalah jawapan
untuknya.
Kejayaan sesebuah perhubungan memang
banyak bergantung kepada suci dan murninya cinta yang dipermodalkan.
selama mana cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya selama itulah
bahagia akan menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak
dihargai, kehidupan akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya derita
tanpa penyudah.
Tanpa perlu mengeluarkan sebarang
bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insan. Cinta sudah dibekalkan
sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada individu yang
berhak. Meniti di atasnya bererti meniti di atas bahagia.
Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh
memotivasikan manusia kecuali rasa cinta dan bahagia. Dengan cinta
gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah
kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat
kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya, semua kelihatan
tercabut dari hasrat, kehendak, sasaran, target dan cita-cita yang
murni.
Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus
masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban kehormatan untuk
cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan
pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia.
Cinta murni sentiasa mampu memandu
manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta telah
membuatakan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah
bodohnya orang yang menjadikan cinta jambatan untuk membina kesusahan.
Jika cinta dijelmakan dalam diri ia
begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ia ibarat
menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam rumah
tangga, jawapannya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan.
Begitulah seharusnya cinta………..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar